Gambaran Ikan Merah

Warna ikan Merah pelbagai dari merah terang, hingga warna tembaga, dari warna gangsa hingga merah gelap-keperangan, bergantung pada usia dan keadaan sekitar. Ikan muda yang ditangkap di kawasan muara sering kali bewarna lebih gelap berbanding ikan matang yang ditangkap dari kawasan terumbu luar persisiran,[4] and exhibit lighter vertical bands down their flanks.

Sebagaimana ikan siakap tropika lain (keluarga Lutjanidae), ikan Merah memiliki gigi taring jelas pada rahangnya yang digunakan bagi menyambar dan memegang mangsa. Gigi-gigi ini mampu menyebabkan kecederaan teruk pada nelayan yang tidak berhati-hati.[5]

Di kawasan bakau, ikan Merah sering dikelirukan dengan ikan Mersah dua tompok ("two-spot red snapper") atau "red bass" (Lutjanus bohar), yang diketahui memiliki toksin ciguatera. Ikan "red bass", bagaimanapun, biasanya berwarna lebih gelap, memiliki kurang duri belakang, barisan sisik di belakang yang naik miring dari garis lateral, dan alur dalam dari hidung sehingga mata.[5]